Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MyGAP Sangat Penting Kepada Golongan Peladang Pada Era Globalisasi

KENINGAU, 29 Jun – Hanya dua daripada 3,001 petani dan peladang di Keningau memiliki sijil myGAP walaupun ia telah diperkenalkan sejak 2002.

Pegawai Pertanian Keningau, James Sikah berkata, statistik terkini itu menunjukkan kesedaran dalam kalangan pemain industri makanan itu masih rendah, tetapi tidak mencerminkan mereka tidak berminat untuk mengambil bahagian.

Beliau berkata, keperluan Amalan Pertanian Baik (myGAP) sangat penting kepada golongan peladang bagi bersaing untuk memasarkan hasil, khususnya pada era globalisasi.

Persijilan myGAP ialah sistem pengurusan ladang secara bersepadu bagi tujuan pematuhan piawaian, undang-undang dan peraturan bagi mengawal bahaya, risiko dan impak negatif semasa pengeluaran hasil pertanian di peringkat ladang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut beliau, persijilan itu juga adalah jaminan kepada makanan yang selamat dan berkualiti, nilai tambah hasil pertanian, jendela pasaran global serta perakuan pelaksanaan amalan pertanian baik.

“Untuk mencapai sasaran lebih ramai pemain industri memiliki sijil itu, jabatan menyediakan kursus dan pakej latihan khas kepada peserta projek jabatan, menubuhkan Kumpulan Pengusaha Tanaman Makanan (KPTM) dan pelbagai pakej semasa,” katanya.

Sumber: Bernama