Siakap Keli

Saringan Suhu Badan Hanya Di Pintu Masuk Pusat Membeli-Belah Sahaja – Ismail Sabri

Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa saringan suhu yang dilakukan setiap kali masuk ke kedai-kedai di pusat membeli belah tidak ada lagi. Pengunjung akan melakukan saringan suhu di setiap pintu masuk pusat membeli-belah sahaja.

Namun, rekod butiran seperti nama dan nombor telefon masih wajib dicatat secara manual atau melalui aplikasi My Sejahtera sebagai pengesanan setiap kedai yang dimasuki di pusat beli-belah tersebut.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri di dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

Kedai-kedai di pusat beli belah dan hotel, walaupun tidak lagi perlu menyaring suhu badan pelanggan namun masih perlu merekodkan kehadiran seperti nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.

“Ini bagi membolehkan pengesanan kontak dilakukan, sekiranya terdapat insiden jangkitan COVID-19. Ini kerana kemungkinan terdapat pelanggan yang pergi ke 10 buah kedai, jadi bagi memastikan pengesanan individu sekiranya dijangkiti COVID-19, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mendapatkan maklumat dan sebab itu kita masih mewajibkan rekod kehadiran,” katanya.

Sumber: Sidang Media MKN

Iklan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang