Menerusi sidang media yang berlangsung hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membenarkan taman tema air di seluruh negara beroperasi semula
Taman Tema Air bakal beroperasi bermula 1 Julai 2020 ini. Bagaimanapun, jelasnya para pengunjung dan pemilik Taman Tema Air perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kebenaran ini juga merangkumi semua jenis taman tema termasuk taman tema kering dan yang berkaitan dengannya. Apa-apa pun kepatuhan terhadap SOP perlu dijadikan keutamaan walau apa pun aktiviti luar yang kita lakukan.
Negara kembali mencatat 2 digit untuk kes positif baharu untuk 2 hari berturut-turut. Ini bermakna pandemik Covid-19 di Malaysia masih belum berakhir dan kita masih belum menang.
Taman tema air dibenar beroperasi mulai 1 Julai – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/O2EPz2g4AN
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 29, 2020
Sumber: Sidang MKN