Putrajaya, 29 Jun – Tiada zon merah COVID-19 direkodkan hari ini berbanding satu zon semalam.
Dalam kemaskini di laman Twitter, Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan satu-satunya zon merah dicatatkan semalam iaitu daerah Rembau, Negeri Sembilan kini bertukar menjadi zon kuning.
“Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia.
“Tiada daerah yang ditandakan sebagai zon merah pada hari ini berbanding 1 zon merah semalam (Rembau),” tulis kenyataan tersebut.
Sebanyak 31 kes COVID-19 direkodkan di Rembau buat masa ini sekaligus menjadi daerah dengan kes tertinggi di Malaysia.
Zon yang memiliki kes COVID-19 kedua tertinggi ialah Lembah Pantai (11) diikuti Bintulu (7) dan Sepang (6).
𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐜𝐨𝐯𝐢𝐝𝟏𝟗𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟐𝟗 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia
Tiada daerah yang ditandakan sebagai zon merah pada hari ini berbanding 1 zon merah semalam (Rembau). pic.twitter.com/gMt5VDPidI
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 29, 2020
Sumber: KKM