Siakap Keli

Tiga Pendaki Sesat Di Gunung Berembun Ditemukan Selamat

SEREMBAN, 29 Jun  — Tiga pendaki yang dilaporkan sesat semasa mendaki Gunung Berembun di sini petang semalam, ditemukan selamat, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bomba menerima maklumat kejadian kira-kira pukul 5.08 petang semalam.

Katanya operasi mencari kesemua mangsa melibatkan seramai 10 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban.

“Tiga lelaki berusia lingkungan 20-an itu sesat di Gunung Berembun… dua daripada mereka telah turun sendiri kira-kira pukul 6.46 pagi tadi, manakala seorang lagi mangsa telah ditemui oleh pihak bomba dalam keadaan selamat, namun cedera di bahagian kaki, mangsa telah berjaya dibawa turun kira-kira pukul 7.45 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Eejia Jie, 21, telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Sumber: Bernama

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.