Siakap Keli

Gara-Gara Pukul Isteri Kerana Lambat Hantar Makanan, Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Kampung

Seorang lelaki maut dibelasah menggunakan senjata tajam selepas dilihat memukul isterinya.

Lelaki itu telah memukul isterinya menggunakan parang hanya kerana lambat menghantar makanan di tempat kerjanya. Dia juga memukul 4 orang penduduk kampung yang mencuba meleraikan pergaduhan diantara suami isteri tersebut sehingga cedera.

Kejadian ini telah mengejutkan penduduk di sebuah perkampungan Sulawesi Selatan kerana hal yang remeh menjadi peristiwa berdarah.

Berang dengan tindakan lelaki tersebut, beberapa penduduk kampung telah menyerang dengan menggunakan senjata tajam.

Namun, lelaki tersebut yang juga pekerja binaan di kawasan sekitar ditemui mati selepas diserang. Penduduk yang melihat kejadian itu melaporkan kepada polis.

Menurut Ketua Unit Polis Siasatan Jenayah Gowa, AKP Jufri Natsir, pegawai polis telah bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat lelaki tersebut terbaring ditepi jalan dikelilingi penduduk kampung.

Mayat telah dibawa ke Hospital Bhayangkara  untuk dibedah siasat jam 11 tengahari tadi dan telah dikebumikan di kampung halamannya di Desa Bontojai, Pakkatto.

Isteri dan 4 orang mangsa yang dipukul oleh lelaki tersebut sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Umum Daerah.

Melalui temubual isteri lelaki itu, dia berkata “Dia marah kerana katanya saya terlambat bawakan dia makanan jadi dia keluarkan parang.”

Kejadian ini masih disiasat oleh polis tempatan dan suspek-suspek serangan bersenjata yang mengakibatkan kematian lelaki tersebut sedang diburu.

Sumber : Kompas.com

Nur Syafiqah

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.