Siakap Keli

Kes Bunuh Datuk Seri Bermotifkan Wang -Bukit Aman

bunuh datuk seri
Kredit: Google/Bernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, dekat sini pada Sabtu lepas adalah bermotifkan wang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Huzir berkata siasatan pihaknya dalam kes itu membabitkan semua aspek.

“Selain itu, keputusan bedah siasat mangsa belum diperoleh dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disusuli penemuan mayat mangsa di kawasan belukar itu.

Mangsa sebelum itu dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

Huzir juga berkata pihaknya telah menahan tiga suspek lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita Nigeria.

Pada 4 Jun lepas, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol mangsa di sebuah rumah di Cheras.

Sumber: BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.