Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Walau Tiada Jangkitan Tempatan Lebih 30 Hari, Thailand Lanjutkan Perintah Darurat Hingga Akhir Julai Elak Gelombang Kedua

Nur Adnin

BANGKOK, 30 Jun — Thailand melanjutkan perintah darurat selama sebulan lagi hingga akhir Julai bagi mengurangkan risiko gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu, walaupun lebih banyak perniagaan dan premis berisiko tinggi dibuka semula, bermula esok.

Selain lebih banyak sektor dibuka semula, Thailand juga dijangka akan menerima kemasukan warga asing termasuk pemastautin tetap; warga asing yang berkahwin dengan rakyat Thailand dan anak-anak mereka; pelajar dan guru antarabangsa; serta mereka yang memerlukan rawatan perubatan di negara itu, bermula esok.

Selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Rumah Kerajaan hari ini, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata, kabinet hari ini meluluskan pelanjutan perintah darurat yang akan berakhir hari ini, kepada 31 Julai.

Walaupun situasi COVID-19 di Thailand terus bertambah baik dengan tiada jangkitan tempatan untuk tempoh lebih daripada 30 hari, namun penularan COVID-19 di seluruh dunia terus menjadi kerisauan.

“Kerajaan telah memutuskan untuk melonggarkan sekatan dan membuka kembali perniagaan dan premis berisiko tinggi termasuk sekolah dan pusat hiburan bermula esok. Oleh itu, adalah mustahak untuk mengekalkan perintah darurat, kerana ini adalah mekanisme utama untuk mengawal COVID-19 di Thailand,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Thailand telah mengisytiharkan darurat di negara itu dari 26 Mac hingga 30 April kerana pandemik itu dengan mengenakan sekatan dan langkah-langkah seperti penutupan sekolah, tempat hiburan dan stadium, serta perjalanan antarabangsa dan antara wilayah.

Perintah darurat dilanjutkan hingga 31 Mei dan kemudian hingga 30 Jun untuk mencegah gelombang kedua jangkitan COVID-19.

Thailand telah melaporkan dua kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 3,171 kes dengan 58 kematian.

Dua kes baharu itu melibatkan warganegara Thailand yang kembali dari luar negara dan menjalani kuarantin 14 hari di kemudahan milik kerajaan.

Hari ini merupakan hari ke-36 tanpa jangkitan tempatan di Thailand.

Sumber: BERNAMA