Siakap Keli

Amerika Syarikat Dilapor Beli Hampir Semua Stok Remdesivir Untuk Rawat COVID-19

Amerika Syarikat (US) dilaporkan telah membeli hampir kesemua bekalan ubat remdesivir bagi tempoh tiga bulan mendatang sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan US (HHS) mengumumkan pada Isnin, pihaknya telah memperoleh kira-kira 500,000 bekalan remdesivir daripada pengeluarnya, Gilead Sciences untuk kegunaan hospital-hospital di sana sehingga September.

Pembelian berskala besar itu memungkinkan negara-negara lain tidak dapat memperolehi bekalan ubat tersebut untuk tempoh yang sama, memetik laporan Aljazeera.

Setiausaha HHS, Alex Azar berkata, presiden (Trump) telah melakukan tindakan luar biasa untuk memastikan rakyat US mendapat rawatan pertama yang dibenarkan untuk COVID-19.

“Untuk semampu mungkin, kami akan memastikan pesakit-pesakit dari rakyat US yang memerlukan remdesivir berjaya memperolehkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, stok tersebut merangkumi 100 peratus pengeluaran oleh pengeluar tersebut bagi bulan Julai dan 90 peratus lagi bagi Ogos dan September.

Ubat remdesivir yang digunakan dalam merawat pesakit COVID-19.

Remdesivir yang diberikan secara intravena di hospital merupakan ubat pertama yang menunjukkan hasil positif dalam rawatan ke atas pesakit COVID-19 sepanjang tempoh percubaan klinikal rasmi, setakat ini.

Segala perkembangan terbaharunya dalam keberkesanan merawat pesakit COVID-19 masih lagi diperhatikan secara teliti di seluruh dunia.

Pada Mei lalu, kerajaan US membenarkan penggunaan kecemasan ubat tersebut yang dipercayai membantu pesakit pulih dengan lebih cepat.

Selain itu, remdesivir turut mendapat kebenaran penuh daripada pihak kesihatan Jepun.

Kelulusan dari US memerlukan kajian daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah terlebih dahulu, namun kebenaran untuk penggunaan kecemasan dapat digunakan dalam krisis kesihatan (seperti COVID-19) setelah ubat lain belum lagi ditemuii.

Banyak pihak ketika ini sedang bekerja keras dalam memberikan rawatan serta menghasilkan vaksin khas wabak tersebut.

Sumber: Aljazeera, The Guardian, Sky News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.