Siakap Keli

Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 11 Negeri Sehingga Jam 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melalui laman rasmi Twitter mereka. Melalui maklumat yang disampaikan, hampir seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dijangka berlaku ribut petir hingga 6 petang ini.

Antara negeri yang terjejas adalah daerah-daerah besar di sekitar negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor. Termasuklah di bandar-bandar besar di Sarawak dan Sabah serta Labuan.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal agar lebih berhai-hati dan pastikan keadaan kenderaan anda dalam keadaan baik supaya tiada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Begitu juga kepada yang berhasrat ingin turun ke laut untuk memancing dan sebagainya untuk menangguhkan dahulu niat tersebut demi keselamatan diri masing-masing.

 

Sumber: Met Malaysia

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang