Siakap Keli

COVID-19: Kejayaan Hari Ini Kerana Kerjasama Semua, Tapi Jangan Leka – KKM

Walaupun kes baharu COVID-19 hari ini merupakan yang paling rendah dalam sejarah negara, namun orang awam diseru untuk tidak mudah leka dengan kejayaan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pencapaian hari ini adalah hasil kerjasama setiap peringkat masing-masing termasuk pengamalan kelaziman baharu, serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Penurunan kes harian juga menggambarkan kawalan kendiri dan tanggung jawab sosial.

“Namun, Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai, pandemik COVID-19 masih berterusan di seluruh dunia. Penularan semula jangkitan masih boleh berlaku jika kita leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran kerajaan.

“Amalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 setiap masa di mana jua berada. Kerjasama semua dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'