Siakap Keli

Pemancing Berjaya Tangkap Ikan Dengan Warna Unik, Warganet Kaitkan Dengan Avatar

Dalam satu perkongsian dilaman Twitter Fishing Gang Azusa, seorang warganet telah memuat naik gambar tangkapan terbaru mereka yang sangat menarik.

Jika dilihat di dalam gambar, warna ikan tersebut seperti dilukis sangat memukau pandangan. Bahkan, orang-orang yang melihat gambar tersebut mula berasa hairan dengan warna ikan itu, sehingga ada yang menyangka ia adalah hasil dari photoshop.

Image

Ikan ini dikenali sebagai ‘Kinubella’, di Jepun. Ikan ini tinggal di lautan Atlantik, pasifik dan India, dimana ia tinggal di terumbu dan garis pantai batu. Walaupun, warnanya terlihat seperti beracun, ia sangat penting bagi perikanan komersial dan lebih berharga sebagai ikan hiasan.

Sejak gambar ikan itu ditunjukkan, dilaman Twitter Fisher Gang Azusa, gambar berkenaan telah mendapat lebih 200,000 tanda suka dan 37,000 ulang kicau. Orang ramai tidak tahu bagaimana ikan asing itu kelihatan, sehingga ramai yang mendakwa ia termasuk dalam Avatar James Cameron.

Sumber: www.odditycentral.com,Twitter

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa