Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Restoran Pizza Di Florida Diarahkan Tutup, Turut Dijumpai Bangkai Iguana Seberat 39 Kilogram Dalam Peti Sejuk

Seekor bangkai iguana seberat 39 kilogram ditemui di dalam peti sejuk sebuah restoran pizza di Florida, Amerika Syarikat, lapor Fox News.

Restoran pizza itu didakwa telah menyimpan bangkai iguana tersebut selepas ianya didakwa diberi sebagai hadiah kepada pemilik restoran tersebut untuk dimakan kemudian, lapor Florida Sun Sentinel.

Menurut laporan, iguana tersebut telah ditemui oleh kakitangan dari Jabatan Peraturan Profesional dan Perniagaan Florida semasa melakukan pemeriksaan terhadap restoran berkenaan.

Walaupun haiwan tersebut diletakkan di dalam peti sejuk yang berasingan dan jauh daripada makanan restoran itu, penemuan tersebut tetap dikira sebagai pelanggaran kod kesihatan negeri terbabit.

Susulan daripada penemuan tersebut, bangkai iguana berkenaan dilaporkan terus dibuang selepas daripada itu.

Menurut Fox News, selain 27 peraturan yang dilanggar oleh restoran pizza itu, kakitangan jabatan itu juga turut menemui najis tikus, bangkai lipas, makanan yang “dicemari dengan kulat” serta perkakas yang kotor.

Disebabkan itu, restoran tersebut telah dilaporkan ditutup serta merta pada 18 Jun selama sehari kerana telah melanggar peraturan, dimana 10 daripadanya diklasifikasikan sebagai kesalahan berat, lapor Sun-Sentinel.

Sumber: Fox News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa