Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 21 kes pulih baharu dan dibenarkan discaj hari ini.
Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh keseluruhan setakat ini berjumlah 8,375 kes.
Ia bersamaan dengan 96.9 peratus.
Dalam pada itu, tiada pertambahan kes kematian, angka kekal 121 kes.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, July 1, 2020
Sumber: KKM