Letupan yang berpunca daripada kebocoran paip gas di sebuah pusat perubatan di Utara Tehran telah mengorbankan sebanyak 19 orang mangsa.
Pasukan Bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api yang marak. Bukan itu sahaja, orang awam dan pihak berkuasa juga turut bekerjasana menjalani operasi menyelamat mangsa yang terperangkap termasuk pesakit-pesakit yang masih berada di pusat perubatan tersebut.
Pada awalnya, pihak berkuasa mengumumkan hanya 13 orang terkorban tetapi menurut jurucakap Bomba Tehran, Jalal Maleki berkata angkan korban meningkat kepada 19 orang. Mangsa meninggal dunia kaibat terhidu asap tebal dan bahang kepanasan kebakaran.
Menurut The Guardian, kebanyakkan mangsa korban adalah wanita dan empat lelaki.
Pihak polis juga telah menyekat orang ramai memasuki jalan yang berdekatan dengan tempat kejadian untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: The Guardian