Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
tanah runtuh di bandung barat
Kredit: Antara Foto Via BBC News Indonesia
Tanah Runtuh Di Bandung Barat, 82 Orang Dilapor Hilang

Aina Munirah

Tanah Runtuh Di Bandung Barat, 82 Orang Dilapor Hilang

Seramai lapan orang disahkan maut dan 82 orang lagi hilang dalam satu kejadian tanah runtuh di Kecamatan Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Indonesia pada awal pagi Sabtu.

Kejadian tanah runtuh ini dilaporkan berlaku ketika kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur, kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurut Ketua Kampung Pasirlangu, Nur Awaludin Lubis, sebelum kejadian tersebut berlaku, kawasan berkenaan telah dilanda hujan lebat berserta angin kencang selama dua hari berturut-turut.

Kredit: Antara Foto Via BBC News Indonesia

"Penduduk setempat melaporkan ketika kejadian berlaku, ia diawali dengan bunyi guruh yang kuat. Tidak lama kemudian, tanah dan lumpur mula meluncur dari Kampung Pasirkuning hingga ke Kampung Pasir Kuda, Desa Pasirlangu," ujar Ketua Polis Cisarua, Ay Yogaswara kepada agensi berita Antara.

Akibat kejadian tersebut, puluhan rumah penduduk dilaporkan tertimbus dengan hakisan tanah dan lumpur sehingga menyebabkan banyak kerosakan, lapor BBC News Indonesia.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Bandung Barat melaporkan insiden ini telah menjejaskan kira-kira 34 keluarga atau 113 orang penduduk.

Namun, mereka masih mengenal pasti jumlah sebenar rumah yang terjejas.

Kira-kira 400 penduduk lain di kawasan sekitar juga telah dipindahkan ke balai raya kampung sebagai langkah keselamatan.

Selain itu, beberapa orang penduduk turut dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan perubatan.

Kredit: Antara Foto Via BBC News Indonesia

"Kami menyalurkan maklumat dan memberi penempatan sementara kepada mangsa di balai raya. Namun buat masa kini, keadaan menjadi huru-hara dengan penduduk terjejas dan penduduk sekitar yang bimbang berlakunya tanah runtuh lagi," tambah Nur Awaludin kepada detik.com.

Sehingga kini, pasukan gabungan yang terdiri daripada pihak polis, Tentera Nasional Indonesia (TNI), Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), sukarelawan dan penduduk setempat giat menjalankan operasi pemindahan dan pencarian mangsa.

Namun, usaha pencarian berdepan kesukaran akibat timbunan tanah yang tebal serta faktor cuaca yang masih berpotensi hujan di kawasan berkenaan.

Status darurat juga telah dikeluarkan oleh Menteri Bandung Barat, Jeje Ritchie Ismail.

"Langkah itu diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja memberi bantuan, termasuk pencarian penduduk yang dilaporkan hilang," ujarnya.

Beliau menegaskan keputusan itu dibuat kerana jumlah mangsa yang terlibat adalah besar.

"Dengan pengisytiharan darurat ini, semua sumber dan aset kerajaan daerah akan digerakkan sepenuhnya bagi membantu mangsa dan menguruskan kesan-kesan bencana," tambahnya lagi.