Siakap Keli

(Video) Rakaman ‘Rider’ Terseret Beberapa Meter Selepas Dilanggar Kereta

Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan.

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan ianya pasti akan meninggalkan kesan kepada seseorang yang ditimpa sesuatu kemalangan itu seperti kecederaan, trauma dan sebagainya.

Kadang kala, disebabkan pengguna jalan raya yang lain, orang lain yang menjadi mangsa.

Seperti yang telah tular di laman sosial Facebook, satu video kemalangan yang membabitkan sebuah penunggang motosikal telah didakwa terjadi di lebuh raya Kajang Silk sekitar pukul 7.59 malam semalam.

Seorang penunggang motosikal telah terjatuh dan terseret beberapa meter apabila dilihat berlanggar dengan sebuah kereta Satria berwarna kuning.

Disebabkan itu, penunggang motorsikal tersebut yang gagal untuk mengawal motosikalnya telah terjatuh dan terseret sehingga ke lorong kiri lebuhraya berkenaan.

Mujur sebuah kereta yang datang daripada lorong kiri lebuhraya tersebut sempat memberhentikan kenderaannya.

Menerusi rakaman itu juga, kereta berkenaan dilihat terus beredar daripada tempat tersebut.

Tiada maklumat lanjut berkenaan keadaan penunggang motosikal tersebut.

Orang ramai yang menggunakan jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila memandu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa