Siakap Keli
Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Kemalangan Hingga Pergerakkan Isteri Terbatas, Nasib Artis Veteran To’ki Terbela & Ditawarkan Bantuan Rumah Sewa

Alhamdulillah, bantuan demi bantuan telah tiba untuk membantu seorang penyanyi veteran, To’ki yang kini sedang hidup ‘menyepi’ di dalam hutan di Gombak.

Selepas kediaman kecilnya dikunjungi pihak Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dan pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew, teratak usang itu diziarahi pula oleh anggota Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.

Mari baca perkongsian LZS di bawah ini.

Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Artis Veteran Disantuni

Gombak, Selangor – Setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya. “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.

Alhamdulillah, pihak Zakat Selangor telah menemui seorang artis yang baru-baru ini tular berkaitan artis veteran yang hidup dalam kesusahan di pondok di dalam hutan sekitar Gombak, Selangor.

Beliau merupakan To’ Ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Bin Mansor berusia 53 tahun.

Beliau telah menetap di pondok kecil dipinggir hutan di Batu 12, Gombak sejak setahun lalu setelah diusir dari rumah sewanya di sekitar Kuala Lumpur.

“Jatuh ditimpa tangga”

Pada 10hb Jun 2020, beliau dan isteri telah mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan dari Gombak ke Pandan Indah.

Kemalangan tersebut mengakibatkan pergerakan isteri terbatas kerana mengalami patah tulang pinggulnya dan masih menjalani rawatan susulan di hospital.

Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Oleh itu, ditawarkan bantuan sewa rumah disekitar pondok tersebut kerana bagi beliau, dipondok itu akan memberi ilham dan inspirasi kepada beliau untuk meneruskan karyanya.

Selain Zakat Selangor, mereka juga menerima bantuan dari pelbagai agensi lain bagi mengurangkan beban mereka sejak kemalangan kerana tiada sumber pendapatan.

Didoakan semoga mereka dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dan ketabahan iman.

Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Beliau akan disyorkan sebagai Asnaf Fakir Miskin sementara di Lembaga Zakat Selangor.

Disyorkan juga bantuan sewa rumah bulanan dan bantuan kewangan bulanan bagi membantu beliau dan isteri dalam meneruskan kehidupan ini.

Semoga dengan sumbangan tersebut dapat menghilangkan sedikit keresahan yang beliau hadapi.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengeluar zakat. Zakat anda telah kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.
.
Kredit : Ustaz Khairu Zaman, Lembaga Zakat Selangor Daerah Gombak
.
Tunai zakat anda di https://fpx.zakatselangor.com.my
.
.
#kongsirezeki
#zakatgombak
#Gombak
#zakatselangor
#zakat
#Selangor
#toki
#asnaf
#harta
#demiakhiratkita
#covid19
#bantukamibantuasnaf

Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Sumber: Lembaga Zakat Selangor, Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.