Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
FOTO: BERNAMA

APMM Sabah Tahan Dua Bot Nelayan Asing

Edayu

KOTA KINABALU, 3 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berjaya menahan dua bot nelayan asing bersama 22 kru dan tekong dipercayai warga Vietnam yang menceroboh perairan dan mencuri hasil laut negeri ini, Rabu lepas.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata kedua-dua bot itu dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan secara tunda ganding ketika pihaknya melaksanakan Operasi Naga Timur, kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Mengalum.

Beliau berkata semasa bot Maritim cuba mendekati bot nelayan asing itu, mereka telah memotong tali pukat, sebelum cuba melarikan diri, malah enggan memberikan kerjasama semasa diarahkan berhenti, namun pegawai maritim mengambil masa 30 minit untuk memastikan mereka mematuhi arahan itu dan akhirnya mereka akur setelah diekori dan dipaksa berhenti.

“Setelah menghampiri bot nelayan asing yang pertama pada pukul 5.47 petang, di posisi 29 batu nautika Pulau Mengalum, pemeriksaan mendapati sijil pendaftaran bot itu telah tamat, dan empat orang kru bot serta tekong berumur antara 18-42 tahun warga Vietnam itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bot yang kedua pula berjaya ditahan di posisi 32 batu nautika barat Pulau Mengalum, pukul 6.15 petang, dan pemeriksaan mendapati sijil pendaftaran bot itu juga telah tamat tempoh dan tidak mempunyai sebarang lesen atau pun kebenaran daripada Jabatan Perikanan bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

Menurutnya bot itu didapati membawa 16 orang kru bot dan seorang tekong warganegara Vietnam, berumur antara 28-49 tahun.

Mohd Rosli berkata kedua-dua bot nelayan asing itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63, kedua-dua bot kemudiannya ditunda ke jeti Maritim Sepanggar.

Katanya semua pihak yang terlibat termasuk pegawai, anggota Maritim, kru kedua-dua bot yang ditahan telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam sebaik mereka tiba di jeti.

Sumber: Bernama