Siakap Keli
Gambar:Thai News Pix

Kasih Ibu, Foto Monyet Usung Tubuh Anak Kaku Di Jalan Undang Hiba

Beberapa keping gambar menyentuh hati yang memaparkan seekor anak monyet tertiarap kaku di atas jalan raya telah tular di Thailand.

Menurut perkongsian Thai News Pix, anak monyet tersebut telah dilanggar oleh sebuah kereta berhampiran Taman Negara Khao Yai, wilayah Prachinburi selepas pembukaan hari pertama taman itu pada 1 Julai yang lalu.

Gambar: Thai News Pix

Lebih menyedihkan, selepas anak monyet itu dilanggar, seekor monyet dewasa yang dipercayai ibunya dilihat datang untuk memeriksa dan membawa anak monyet tersebut ke tepi jalan sebelum pasukan perubatan Taman Negara Khao Yai datang untuk membantu.

Gambar:Thai News Pix

Pun begitu, ibu monyet tersebut melarikan anaknya ke dalam hutan dan terpaksa dijejak oleh pasukan perubatan.

Gambar: Thai News Pix

Memetik laporan Thai News Pix,  pasukan perubatan Taman Negara Khao Yai mengatakan  bahawa taman negara tersebut ditutup untuk jangka waktu yang sangat lama disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda.

Disebabkan itu juga, hidupan liar telah berkeliaran di jalan raya dan mendatangkan risiko kemalangan dengan mudah.

ลิงกังถูกรถยนต์ชนช่วงเวลาประมาณ 13.16 น. บนถนนสาย 2090 บริเวณก่อนถึงแยกลานจอดเฮลิคอปเตอร์ อุทยานแห่งชาติเขาใหญ่…

Posted by Thai News Pix on Wednesday, July 1, 2020

Sumber: Thai News Pix

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.