Siakap Keli

Dipercayai Berang Tak Dapat Bekalan Minuman Keras, Seekor Monyet Dilapor Mengamuk Hingga Korbankan Seorang Lelaki

Gambar:Daily Mail

Seekor monyet yang dikatakan berang kerana bekalan minuman kerasnya kehabisan telah menyebabkan kematian seorang lelaki dan mencederakan 250 yang lain dalam insiden amuk di India, lapor Daily Mail.

Monyet yang dikenali sebagai Kalua itu sebelum ini dijaga oleh seorang ahli ghaib yang memberikan haiwan itu minuman keras di rumahnya di Mirzapur, Uttar Pradesh.

Namun setelah pemiliknya meninggal dunia, haiwan itu tidak lagi mendapat bekalan ‘semangatnya’ dan mula berkeliaran di jalanan dengan kemarahan yang membuak.

Memetik laporan Daily Mail, monyet itu mensasarkan golongan wanita atau gadis dan puluhan kanak-kanak memerlukan pembedahan plastik setelah ia menggigit muka-muka mereka dengan taringnya.

Lebih tragis, seorang daripada 250 mangsa yang digigit Kalua telah pun meninggal dunia.

Monyet yang berusia enam tahun itu telah ditangkap dan dibawa ke Zoo Kanpur di mana ahli zoologi mendapati haiwan itu bukan sahaja ketagih alkohol namun juga tidak mahu untuk memakan sayur-sayuran.

Para saintis percaya bahawa pemiliknya dahulu juga memberi makan daging monyet kepada haiwan itu sehingga mencetuskan kemarahannya yang tidak dapat dibendung.

Kalua juga cenderung untuk menyerang penjaga zoo perempuan dan monyet-monyet lain yang turut berada di dalam sangkar bersamanya.

Disebabkan itu, pihak zoo mengambil keputusan untuk mengurung Kalua di dalam sangkar sepanjang hayatnya.

Sumber: Daily Mail

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.