Siakap Keli

Penulis Buku Tentang Cendawan Biarkan Bukunya Ditumbuhi Cendawan & Kemudian Makan Cendawan Tersebut

Tiada siapa yang boleh menandingi cara promosi buku seorang ahli biologi yang dikenali sebagai Merlin Sheldrake yang menerbit sebuah buku berkaitan cendawan.

‘Etangled Life: How Fungi Make Our Worlds, Change Our Minds, and Shape Our Future’ adalah sebuah buku yang menceritakan tentang kehidupan pelbagai jenis fungi dan ditulis oleh ahli biologi tersebut.

Walau bagaimanapun, pada awal keluaran buku, ia tidak mendapat perhatian dari orang ramai. Oleh itu, Merlin muncul dengan sebuah kempen promosi yang boleh dikatakan bijak tapi pelik dengan membiarkan cendawan tumbuh pada bukunya dan memakan cendawan tersebut demi mempromosikan buku. Taktik ini boleh dikatakan berjaya kerana bukan sahaja peminat cendawan yang menyukai malah buku ini juga mendapat perhatian dari dunia seni dan masyarakat umum.

“Pada mulanya saya sangat teruja apabila cendawan membiak dengan banyak pada buku saya tetapi saya tidak begitu yakin cara ini akan berjaya,” kata Merlin dalam sebuah video promosi.

“Namun saya teruskan dan menyakinkan diri. Memandangkan cendawan merupakan ‘watak’ utama dalam buku dan ia akan rosak jika tidak dimakan,” tambahnya.

Selepas membiarkan cendawan tersebut membiak dalam bukunya selama beberapa minggu, beliau ada berkongsi video yang menunjukkan beliau tuai, masak dan makan cendawan tersebut. Video tersebut telah mendapat lebih 100 ribu kali tontonan.

Sumber: OddityCentral Merlin Sheldrake

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.