Siakap Keli

Pasangan Kembar Siam Tertua Meninggal Dunia Di Usia 68 Tahun

Pasangan kembar siam tertua di dunia iaitu Ronnie dan Donnie Galyon dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 68 tahun di kampung halaman mereka di Dayton, Ohio.

Kematian mereka pada 4 Julai lalu telah disahkan oleh adik mereka, Jim yang telah menjaga pasangan kembar siam tersebut selama 10 tahun.

Ronnie dan Donnie Galyon dilahirkan pada 28 Oktober 1951. Selepas dilahirkan mereka menghabiskan masa di hospital selama lebih 2 tahun dimana doktor berusaha mencari jalan untuk memisahkan mereka secara selamat.

Walaubagaimanapun, pembedahan untuk memisahkan mereka tidak diteruskan apabila ibu bapa pasangan kembar tersebut tidak bersetuju kerana risiko yang tinggi.

Pasangan kembar siam ini bercantum dari abdomen sehinggalah pangkal paha. Mereka dilahirkan dengan hati dan perut yang terpisah dan masing-masing mempunyai lengan dan kaki.

Menurut biografi, kehidupan mereka yang dibebani dengan bil perubatan hospital yang banyak telah memaksa Ronnie dan Donnie bekerja di ‘circus’ sejak berumur 3 tahun. Namun, ia merupakan kerjaya menguntungkan sehingga mereka berkerja selama 37 tahun sebelum bersara pada tahun 1991.

Walaupun tidak pernah berkahwin, segala kerja rumah mereka lakukan dengan sendiri dimana Donnie bertanggungjawab untuk memasak dan membasuh manakala Ronnie akan membersihkan bilik dan bilik mandi.

Namun kesihatan mereka mula merosat pada tahun 2009 dan 2010 dimana Ronnie telah dijangkiti kuman di paru-paru dan tidak lama selepas itu Donnie juga dijangkiti dan keadaan mereka menjadi semakin lemah.

Mereka juga menderita arthritis sehingga menyukarkan mereka untuk tinggal sendirian.

Oleh itu, sebuah komuniti di Ohio bersama lebih 200 orang sukarelawan telah bergotong-royong membina sebuah rumah khas dan berdekatan dengan rumah adik mereka, Jim, yang bertangunggjawab menjaga mereka sepenuh masa.

Pada tahun 2014 Ronnie dan Donnie telah merampas gelaran pasangan kembar tertua di dunia daripada Chang dan Eng Bunker yang berasal dari China.

Walaupun kehidupan mereka yang tidak sempurna tetapi pasangan kembar tersebut merasakan mereka telah menjalani kehidupan yang sangat menyenangkan.

Sumber: Daily Mail

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.