Siakap Keli

(Video) Cuba Buat Terjunan, Wanita Terhempap Atas Bumbung Sebelum Jatuh Dalam Kolam

Kegilaan melakukan aksi ekstrem semakin menjadi-jadi tidak kira sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Dalam satu rakaman video telah menunjukkan  seorang wanita berada di atas bumbung bersama seorang lelaki bersedia untuk membuat satu terjunan ke dalam kolam renang, dalam satu acara yang disambut oleh mereka.

Dalam rakaman tersebut, awalnya semua berjalan dengan lancar. Namun, ketika wanita berkenaan mula melakukan terjunan, bahagian kakinya telah terkena pada bahagian bumbung membuatkan dia kelihatan seperti sedang turun ke bawah dan bukannya melakukan satu terjunan.

Bumbung Atas Cubaan Wanita Melompat ke Kolam Renang Keliru

Lebih mengejutkan apabila, wanita itu kelihatan seperti berada dalam keadaan baik-baik sahaja dengan mengangkat tangannya ke udara. Ramai yang berada menyaksikan kejadian itu, ngeri melihat keadaannya yang jatuh terhempas ke dalam kolam.

Selepas rakaman video berkenaan dimuat naik, ramai yang mempersoalkan mengapa rakan-rakannya tidak segera memeriksa keadaanya.

Sumber: www.ladbible.com,youtube

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa