Siakap Keli

“Duduk Ketuk Ingatkan Tetamu”, Lelaki Terkejut Ular Tedung Besar ‘Berdiri’ Depan Pintu Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tak takut kalau haiwan berbisa menjengah depan rumah. Apatah lagi jika ular tedung yang panjang datang melawat di hadapan pintu. Cemas dibuatnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalaman rakannya dilawati makhluk berkenaan. Menurut Zul, pemilik rumah menyangka ada tetamu yang datang apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu, namun sangkaannya meleset melihat haiwan berkenaan di depan mata.

Dalam gambar dikongsikannya, kelihatan ular tersebut melingkar berhampiran kolam hiasan di rumah berkenaan. Malah, haiwan itu juga dilihat ‘berdiri’ di hadapan pintu kaca rumah tersebut.

Allahuakbar. Dia suka sungguh duk tempat sejuk. Tak tau nak bagitau la kalau buka-buka pintu dia dok sila panggung tepi kita.

Duduk ketuk pintu rumah, ingatkan tetamu. Allahuakbar.. Mintak jauh la benda-benda macam ni.

Hati-hati noh hampa (anda) semua, tempat-tempat sejuk ni dia cukup suka.

Gambar: Zul Agro Tani
Gambar: Zul Agro Tani
Gambar: Zul Agro Tani
Gambar: Zul Agro Tani

Sumber: Zul Agro Tani

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.