Siakap Keli

Motor Grabfood OKU Viral Hilang Semalam Dilaporkan Sudah Ditemui

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam, heboh diperkatakan sebuah motosikal milik seorang individu orang kelainan upaya (OKU) didakwa dicuri oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Lebih menyedihan, pemilik motosikal berkenaan menggunakan motosikal tersebut untuk keluar mencari rezeki melalui khidmat penghantaran makanan, Grabfood.

Ekoran itu, berita kehilangan tersebut tular ke serata media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi marah oleh netizen.

Masakan tidak, si OKU itupun masih gagah lagi kudratnya cari rezeki, tetapi pencuri (yang tentunya seorang yang malas berusaha) tersebut dengan mudah mengambil haknya.

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas netizen, dalam masa lebih kurang 24 jam, dikhabarkan motosikal itu sudah ditemui hari ini.

Memetik kenyataan di halaman Facebook Peon_JB dan DoBetter4Malaysia, motosikalnya ditemui oleh seseorang sebelum diserah ke balai polis bagi sisatan lanjut.

Gambar: Peon_JB

Sebelum itu, pihak Peon_JB ada membuat kutipan sumbangan kilat buat pemilik motosikal berkenaan yang dikenali sebagai Jal.

Menurut maklumat terkini, difahamkan ramai orang awam berbesar hati untuk memberi sumbangan berbentuk wang tunai.

Dan jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan agak memberangsangkan setakat ini.

Difahamkan, kutipan tersebut sudah pun ditutup dan pihak Peon_JB akan meneruskan langkah bantuan seterusnya.

Terima kasih rakyat Malaysia atas usaha sama ini, semoga Jal tersenyum semula kerana harta dua rodanya bakal kembali ke pangkuannya semula.

Kepada si pencuri, marilah kita sama-sama doakan agar beliau diturunkan hidayah buatnya. Ameen.

Sumber: Peon JB, DoBetter4Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.