Siakap Keli
Gambar Via Mirror

Amoeba ‘Pemakan Otak’ Dilaporkan Jangkiti Seorang Lelaki, Jabatan Kesihatan Florida Beri Amaran

Dunia pada tahun ini dipenuhi dengan pelbagai cabaran termasuk Covid-19 yang tidak pernah dijangka oleh manusia, lapor Mirror.

Terbaru, pegawai kesihatan di Florida telah memberi amaran mengenai amoeba ‘pemakan otak’ yang dilaporkan telah menjangkiti seorang lelaki di Florida.

Jabatan Kesihatan Florida menerusi satu kenyataan pada 3 Julai lalu memaklumkan bahawa seorang lelaki di Hillsborough County telah dijangkiti amoeba yang dikenali sebagai Naegleria fowleri.

Tambah portal itu, Amoeba yang bersel tunggal itu boleh memusnahkan tisu otak iaitu menyebabkan pembengkakan otak dan kematian.

Walau bagaimanapun, keadaan lelaki itu tidak diketahui.

Naegleria fowleri menjangkiti manusia apabila air mengandungi amoeba yang memasuki tubuh manusia menerusi hidung.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) menjelaskan bahawa ini biasanya terjadi ketika seseorang pergi berenang atau menyelam di tempat-tempat air tawar yang hangat seperti tasik dan sungai. Amoeba kemudian meresap ke dalam hidung sehingga ke otak di mana ia akan memusnahkan tisu otak.

Jangkitan biasanya dikesan di negeri Amerika Selatan dan sangat jarang berlaku di Florida di mana hanya 37 kes yang dilaporkan sejak tahun 1962.

Pun begitu, Jabatan Kesihatan Florida telah mengeluarkan amaran kepada orang yang berenang dan menyelam di Florida.

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa