Siakap Keli

Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Asalkan Ada Penjarakan Sosial & Patuh SOP -Ismail Sabri

Putrajaya, 10 Julai – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi had maksimum 250 orang di acara sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Mesyuarat telahpun bersetuju untuk mengehadkan dari segi peserta berdasarkan kepada keluasan tempat dan dengan syarat adanya pematuhan penjarakan sosial sejauh satu meter.

“Masjid tidak perlu lagi satu pertiga selagi ada penjarakan sosial, jumlahnya tidak kira, berdasarkan keluasan masjid tersebut.

“Begitu juga dengan majlis perkahwinan di hotel, kalau dewan boleh memuatkan 1,000 orang, dan dengan penjarakan sosial boleh ada sampai 800, maka 800 orang lah.

Katanya, jumlah tersebut bergantung kepada keluasan tempat berkaitan dengan syarat patuh kepada penjarakan sosial satu meter.

Pesannya, kawalan kendiri dan pematuhan SOP merupakan langkah terbaik yang menyumbang kepada kawalan kes COVID-19 di negara kita.

“Hari ini genap 30 hari PKPP dilaksanakan. Dalam tempoh itu, kerajaan telahpun memberikan banyak kelonggaran dan membuka hampir keseluruhan sektor ekonomi dan membenarkan banyak aktiviti-aktiviti harian yang lain.

“Dua hari berturut-turut, kita didapati tiada warga negara Malaysia yang positif COVID-19. Setelah 25 hari, tiada kematian di negara kita.

“Oleh itu, kawalan kendiri merupakan kaedah terbaik untuk mencegah diri daripada dijangkiti,” katanya.

“Justeru, pastikan SOP asas seperti penjarakan sosial dan pemakaian penutup muka sentiasa diamalkan di tempat-tempat awam,” tegasnya.

Ucapan mengenai majlis sosial bermula pada minit 18:10.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara, Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.