Siakap Keli

(Video) “Dia Curi Motor Aku…”, Pekerja Stesen Minyak Tergamam, Dakwa Motosikalnya Dilarikan Pencuri Depan Mata

Seorang pekerja di sebuah stesen minyak tergamam, dakwa motosikalnya dilarikan pencuri di depan matanya sendiri.

Kejadian tersebut dipercayai dirakam oleh mangsa kecurian terbabit.

Rakaman video berdurasi 25 saat itu dikongsikan semula oleh pengguna Twitter, Toon Seri Anthraxxxx hari ini.

Lebih malang lagi, salah seorang individu disyaki pencuri tersebut didakwa ‘mengunci’ pintu kaca premis dari luar.

Ia berkemungkinan mahu mengelakkan pekerja tersebut dapat keluar dan bertindak.

Bagaimanapun, lokasi dan masa kejadian tak diketahui.

Baca: Motor Grabfood OKU Viral Hilang Semalam Dilaporkan Sudah Ditemui

Sumber: Toon Seri Anthraxxxx  

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.