Siakap Keli

Pelancong Didakwa Anjing Hingga Pengsan Semata-Mata Nak Bergambar

Seekor anjing laut telah dipukul sehingga pengsan oleh sekumpulan pelancong di Kazakhstan hanya kerana ingin mengambil gambar bersama haiwan tersebut.

Sebuah rakaman video yang tular di internet menunjukkan sekumpulan lelaki menyerang mamalia tersebut yang sedang menghampiri pantai dengan batu dan kayu sehingga tidak berdaya.

Walaupun keadaan yang penuh dengan pelancong, tiada siapa pun yang cuba untuk menghentikan keganasan terhadap haiwan tersebut dan hanya menyaksikan ia di pukul dengan kejam.

Seorang saksi di tempat kejadian mengatakan pelancong tersebut memukul sehingga tidak sedarkan diri dan menarik anjing laut tersebut dari pantai agar anak-anak mereka dapat mengambil gambar bersama mamalia tersebut.

“Selepas puas mengambil gambar, mereka melemparkan anjing laut yang tidak sedarkan diri ke pantai. Saya tidak tahu bagaimana keadaan anjing laut selepas itu” tambah saksi.

Kejadian serupa juga berlaku sebelum ini dan dirakam sendiri oleh pelaku dimana  mereka melemparkan batu kepada bayi anjing laut yang sedang menghampiri mereka.

Saken Dildakhmet, jurucakap Ekologi dan Sumber Asli memberitahu wartawan, “Tindakan orang ramai dalam video tersebut keterlaluan. Ia boleh menyebabkan kematian haiwan laut dan mempengaruhi tingkah laku haiwan yang mungkin menjadi agresif dan menyerang orang.”

“Kami meminta anda untuk menunjukkan rasa hormat terhadap alam sekitar” tambahnya.

Menurut Saken, anjung laut merupakan mamalia yang jinak dan ramah. Mereka suka mendekati orang.

Polis kini sedang memburu pelaku yang terlibat dalam kedua-dua kes tersebut dan akan dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara.

Sumber: Daily Mail

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.