Siakap Keli

“Pedih Hati Si Isteri,” Baru Pulang Beli Motosikal Idaman, Isteri Sebak Suami Meninggal Akibat Kemalangan

Tiada siapa yang mampu menolak ketentuan takdir, jika sudah ditetapkan ia terjadi maka jadilah ia.

Pemergian orang tersayang dalam sekelip mata sememangnya sangat berat untuk dihadapi sesiapa sahaja.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Keadaan ini dialami oleh Dalila Zolkofli yang telah kehilangan suami tercinta pada 11 Julai yang lalu disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Mengenang kembali detik-detik bersama Allahyarham suaminya, Ahmad Faizal Bin Abd Ghani, Dalila berkongsi mengenai sifat suaminya yang akan diingatinya sampai bila-bila.

“Takpa sayang, abang kan ada”

 His favourite ayat kalau aku mengadu apa2.

“berat la nak angkut ni dari klinik balik rumah..”
“takpa abg ada, nanti abg p ambik”

“harini tak sempat breakfast, penatttt”
“ok sat g abg p hantaq makanan”

“kat klinik panas sgt harini, rasa lemau sakit kepala sgt ni”
“tkpa syg, sat g balik keja abg p ambik, tunggu kat pintu depan tau”

*pinggan penuh dalam sinki*
“Syg dah masak kira cukup baik. Lepas makan basuh tangan ja, abg kan ada, nanti abg basuh semua”

*Mesin basuh bunyi*
“syg jom lepas smyg sidai baju sama2” or kadang2 dia akan cakap “meh abg sidai baju, syg p mandi dulu”

*bila rasa marah atau emosi tiba2*
“shuu shuu sayang. Abang ada, abg ada. Abg mintak maaf. Sabar sabar…” (padahal aku marah emosi sbb pms, bukan salah dia ponnn tapi dia yang selalu mintak maaf )

“penat laaa nak exersice jogging semua ni tapi nak kurusss”
“Takpa abg kan ada, kita buat sama2. Skipping ja syg buat sendiri, abg tak reti hehe”

(masa first day keja after pkp)
“abg esok nak pakai baju apa? Nak p iron ni”
“abg tak pernah iron baju sendiri. Nak try lah. Meh baju syg abg iron sekali”

“nak turun bawah sat, prepare brg utk lunchbox esok. Tp takuttttt”
“takpa. jom abg teman”

Tiba2 ja tak buat apa apa pon dia selalu cakap,
“syg ni baik la, rajin… Masuklah mana mana pintu syurga yang sayang nak”
Aku balas gurau “nak masuk syurga yang ni..” sambil tunjuk tapak kaki dia 
(Allahuu, padahal dia yang sgt baik dan rajin, tp aku jarang hargai )

Setiap malam aku biasa tido awal, jadi dia akan teman tido dulu and make sure aku dah tido nyenyak baru dia bangun semula. Kadang2 kalau aku terlelap awal sangat, dia akan settle kan semua kerja rumah basuh sidai baju. And bangun pagi, confirm katil dia kemas masa aku mandi.
Dia selalu kata “syg ni macam nobita la, letak kepala ja terus lena tak sedaq” 

Masa last day tu, time prepare bekal utk aku p keja (sbb dia cuti, so tak ready pn makanan apa2 utk dia, im sorry abg), dia teman je aku kat dapur. Pelik, sbb biasanya time2 tu dia selalu bukak ceramah kat tv.
“nak air kopi dak harini abg?”
“takpalah, nnt abg buat sendiri. Takyah kemas and basuh, nanti abg buat. Dah p keja…”

Dia, seorang yang sangat menyenangkan.
Anak yg sangat baik utk mak ayah.
Suami yang sangat sempurna, layan isteri macam little princess sampaikan banyak benda yang aku tak reti buat sbb dia uruskan semua.
Abang dan adik yang sgt prihatin kepada adik beradik dan family.
Paklang yang baik untuk anak2 buah.
Dan sahabat yang ceria untuk semua orang.

Gambar: sweater favourite dia. Selalunya dia akan tido pakai sweater ni sebab aku jenis panas, dia jenis sejuk. Tp dia menangkan isteri utk bukak aircond kuat2 

Ya, abang akan sentiasa ada. Dalam hati kami semua 

Ahmad Faizal Bin Abd Gani
11/7/2020

Pemergian Ahmad Faizal juga turut dirasai oleh ramai orang termasuk seorang lelaki seperti yang dikongsikan di laman Facebook miliknya, Rafi Superbike.

Beliau berkongsikan kesedihan seorang isteri yang baru sahaja kehilangan suami tersayang. Tambahnya, pasangan itu baru sahaja berkahwin lebih setahun namun terpaksa redha menerima dugaan kehilangan suami tercinta.

“Hanya sticker alfatihah pengganti maaf”, pedih hati si isteri kehilangan suami tersayang

Mengalir air mata baca ni.

Pasangan yang baru berkahwin lebih setahun, diduga lebih awal apabila si suami pergi menemui Allah terlebih dahulu.

Suami pergi dulu, baru beberapa minit hilang dari pandangan, terus hilang dalam hidup akibat kecuaian pemandu lain.

Takziah Puan. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan warga syurga yg beriman.

Sama sama kita bantu Puan ini dengan memberikan sokongan moral dan apa yang patut.

Dia minat sangat moto ni dari sebelum kahwin lagi

Tak sabar nak sampai rumah nak usik dia

Taktau kenapa nak risau padahal bukan first time dia bawak motor

Nampak dia terbaring atas jalan

Setakat ni je jodoh kami

Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diharapkan agar isteri serta semua ahli keluarga Allahyarham terus kuat dan tabah menerima ujian ini.

Sumber: Dalila Zolkofli

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa