Siakap Keli
Gambar Via Google

Stadium Kriket Terkenal Di India Dilaporkan Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin COVID-19

India dilaporkan akan menggunakan stadium kriket Eden Gardens yang legenda di Kolkata sebagai pusat kuarantin untuk polis di negara itu yang menghidapi Covid-19, lapor CNA.

Dengan kekurangan hospital, ratusan katil-katil akan didirikan di dalam stadium berkapasiti 80,000 itu yang pernah digunakan pada final Piala Dunia 1987.

Hampir 550 polis Kolkata dilaporkan telah diuji positif Covid-19 dan dua orang telah meninggal dunia.

“Sudah menjadi kewajiban kita untuk membantu dan menyokong pemerintahan dalam krisis ini. Kemudahan kuarantin akan digunakan untuk anggota polis yang merupakan pejuang Covid-19,” kata presiden Persatuan Kriket Bengal, Avishek Dalmiya.

Stadium ini juga digunakan oleh pasukan Kolkata Knight Riders Indian Premier League namun kejohanan tahun ini berulang kali ditangguhkan kerana wabak tersebut.

Jumlah Covid-19 di seluruh negara India meningkat pada hari Sabtu lalu iaitu kepada 820,916 kes dengan 22, 193 kematian.

Sumber: Channel News Asia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa