Siakap Keli

Mendebarkan, Bapa Biarkan Anak ‘Tergantung’ Di Tebing Curam Dipercayai Untuk Bergambar

Seorang bapa telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dia dengan beraninya ‘mengantungkan’ anak lelakinya secara berbahaya di tepi tebing dipercayai hanya untuk mengambil gambar.

Aksi itu telah ditangkap oleh sekumpulan pelancong yang sedang mengunjungi jalan gunung berangin atau dikenali sebagai jalan Hongjing di daerah Fangshan Beijing di China.

Dalam rakaman yang ditonton lebih 13 juta kali, kanak-kanak itu memegang tangan ayahnya sambil meletakkan kakinya pada tepi tebing, sementara si ayah tetap berada dalam posisi mencangkung manakala anaknya yang lain berada dibelakangnya untuk mengambil gambar.

Ketika aksi itu tersebar luas, ramai yang telah mengkritik cara ayah kanak-kanak berkenaan. Namun, masih tidak diketahui sama ada pihak berkuasa tempatan akan mengeluarkan denda kepada ayah kanak-kanak itu.

Sumber: www.dailystar.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa