Siakap Keli

Renjer Maut, Rakan Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Di Pattani

PATTANI, 15 Julai  —  Seorang renjer maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu letupan bom di Daerah Mae Lan, Pattani di Selatan Thailand.

Kejadian berlaku kira-kira 7.45 pagi (waktu tempatan) semalam, apabila sebutir bom buatan sendiri tiba-tiba meletup ketika enam anggota renjer sedang menjalankan rondaan berhampiran sebuah sekolah di Kampung Lapho.

Ketua Polis Mae Lan, Kolonel amlong Suwalak berkata bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu diletakkan di tepi jalan dan diaktifkan dengan menggunakan walkie-talkie.

“Letupan itu menyebabkan dua daripada enam renjer cedera dan seorang daripadanya meninggal dunia di hospital Mae Lan,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Pattani.

Pihak berkuasa sedang menjejaki dalang serangan itu, katanya.

Sumber: BERNAMA 

Nurul Najiha

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.