Siakap Keli
Gambar: Nani's Makeover

Wanita Kongsi Deko Dapur Seakan-akan Muzium & Hanya Guna Barang Peninggalan Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dekorasi rumah, banyak pilihan tema yang digunakan kebanyakan orang, seperti tema rumah orang putih, tema warna, tema kartun dan sebagainya.

Tapi, pernahkah anda mendengar konsep dekorasi rumah yang diubah dan dijadikan ala-ala muzium?

Lebih menarik lagi, barang-barang perhiasannya hanyalah menggunakan pelbagai barang-barang lama dan antik.

Konsep deko ‘muzium’ ini diinspirasikan sendiri oleh Nani’s Makeover dan dikongsikan melalui group Facebook Kelab Kaki Deko baru-baru ini.

Barang antik peninggalan keluarga

Kata Puan Nani, semua barang antik ini adalah peninggalan keluarganya.

“Semuanya tu tinggalan keluarga belah mak saya dan belah mertua. Ada juga yang dari kawan-kawan hadiahkan untuk saya sebab diorang percaya saya boleh simpan baik-baik barang mereka,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, hari ini.

Gambar: Nani’s Makeover

Seperti almari dalam gambar di atas, ia sebenarnya adalah sebuah almari lama yang dicat semula.

Gambar: Nani’s Makeover

Sengaja tidak ‘plaster’ dan cat dinding

Menurut puan Nani, keadaan dinding rumahnya yang tidak bercat itu adalah kehendaknya sendiri.

“Yang itu memang saya minta kontraktor tak plaster sebab suka tengok bata tu,”

Gambar: Nani’s Makeover

Menurutnya, dulang yang tergantung itu masih lagi digunakan sehingga kini.

Sayang kalau simpan semata-mata tapi tak digunakan, kan?

Gambar: Nani’s Makeover
Gambar: Nani’s Makeover

Pelita minyak tanah ini cukup terkenal pada zaman dulu-dulu.

Bau asap yang terhasil daripada pembakarannya membangkitkan memori di zaman silam.

Teringat rumah nenek-nenek kita dulu-dulu.

Gambar: Nani’s Makeover

Dulang besi bercorak bunga itu juga salah satu barang antik yang terkenal pada zaman dulu.

Seingat penulis, dulang itu cukup banyak digunakan ketika di majlis-majlis kenduri, keramaian, makan bersama sanak-saudara dan sebagainya.

Manakala kayu raknya pula dibuat sendiri.

Gambar: Nani’s Makeover

Pemandangan dalaman rumah sebegini sememangnya nampak agak mengujakan.

Dinding yang sengaja tidak dicat dan menampakkan batu-bata, menambahkan lagi elemen klasik itu.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa dinding seperti ini lebih sejuk berbanding yang dicat.

Dan ini jawapan puan Nani;

“Setakat ini rumah terasa sejuk, terutama waktu malam memang terasa sejuknya. Cuma kena selalu bersihkan sebab angkut-angkut suka buat sarang celah bata tu. Kiranya tu cabaran utama la nak berkejar dengan masa,”

Gambar: Nani’s Makeover
Gambar: Nani’s Makeover
Gambar: Nani’s Makeover
Gambar: Nani’s Makeover

Perhatikan betul-betul gambar di atas, sebenarnya pintu peti ais ini hanya dua pintu sahaja.

Tetapi puan Nani menambah satu peti lagi untuk bagi kelihatan sama tinggi dengan almari di sebelahnya.

Malah warnanya juga dicat semula untuk kelihatan sama.

“Saya buatkan box untuk cover peti ais tu, konon nak sama tinggi la dengan kabinet. Lepas tu sebat cat. Guna Dulux Waterbased. Cat ini memang untuk kayu dan besi,” katanya, menjawab persoalan netizen di ruang komentar.

Gambar: Nani’s Makeover

Kos jimat, banyak guna barang kitar semula dan DIY sendiri

Selain itu, tambah puan Nani lagi, boleh dikatakan kos keseluruhan untuk dekorasi rumah antik ala-ala muzium ini tidaklah begitu besar, malah sangat menjimatkan.

“Saya banyak guna barang kitar semula je untuk deko rumah. Jadi ambik masa sikit nak buatnya ikut kelapangan. Kos memang sangat jimat sebab kebanyakan saya DIY je,” katanya.

Gambar: Nani’s Makeover

“Saya ambil masa hampir setahun jugak nak siapkan deko dapur ini secara berperingkat, ikut kelapangan masa juga,” tambahnya.

Gambar: Nani’s Makeover

Sumber: Nani’s Makeover melalui Kelab Kaki Deko

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.