Seekor kucing yang menghidap satu penyakit aneh mempunyai wajah seakan ‘dimamah usia’ ekoran penyakitnya pernah menjadi perhatian ramai orang.
Kucing yang dipanggil Toby itu menarik perhatian ramai dengan mimik mukanya yang sentiasa tampak menyedihkan dan lebih tua dari umurnya yang sebenar.
Bagi yang masih lagi tidak mengetahui, Toby sebenarnya menghidap Ehlers-Danlos Syndrome atau feline cutaneous asthenia (FCA) yang merupakan gangguan genetik yang boleh menyebabkan kulit menjadi tegang secara luar biasa, longgar dan rapuh kerana kekurangan kolagen.
Menurut Boredpanda, kucing yang dimiliki oleh Georgina Price dan Christopher Lardner itu ditemui di sebuah laman web. Mereka bagaikan jatuh ‘cinta pandang pertama’ pada kucing itu dan seekor lagi kucing yang bernama Quinton.
“Kami menemui mereka di laman web RSPCA. Mereka pasangan yang terikat.
“RSCPA mengiklankan mereka bersama dan kami fikir adalah lebih baik jika kami dapat membantu dua kucing yang comel itu,” kata Georgina.
Georgina dan Christopher melawat dua ekor kucing itu di RSPCA di mana mereka diletakkan di dalam unit khas.
Mereka kedua-duanya ketakutan dan menyorok di belakang. Toby hanya bersembunyi di belakang Quinton sepanjang masa, dia gementar.
Georgina juga pada awalnya tidak dapat menyentuh Toby kerana ia terlalu takut. Kedua-dua kucing itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri di rumah itu.
Disebabkan oleh sindrom yang dihadapi, Toby yang kini berusia 7 tahun mengalami perut yang tergantung hingga ke lutut.
Kami sangat bernasib baik kerana keadaan hipermobilitinya agak ringan dan kami menguruskannya dengan mudah
Mengurangkan tekanan pada sendi, Georgina juga berusaha menghalangnya daripada melompat ke atas atau ke bawah dari tempat tinggi.
Wanita itu berharap bahawa kisah Toby yang dikongsikannya itu bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran mengenai keadaannya yang jarang berlaku namun juga akan mendorong lebih banyak orang mempertimbangkan untuk mengambil kucing berkeperluan khas ke dalam hidup mereka.
Georgina juga mencipta akaun Instagram tummyandgummy khusus untuk berkongsikan mengenai kucing-kucingnya.
Sumber: Boredpanda