Siakap Keli

(Video) Gelagat Kucing ‘Cuak’, Peluk Erat Kaki Ketika Dibawa Turun Dari Pokok Selepas Beberapa Hari Undang Tawa

Secara lazimnya, semua orang tahu bahawa kucing adalah sejenis haiwan yang suka memanjat dan tidak takut akan ketinggian.

Pun begitu, menerusi satu video yang dikongsikan oleh Soutch China Morning Post (SCMP), lain pula ceritanya buat si bulu yang terdapat dalam video ini.

Menurut SCMP, kucing ini telah tersekat di atas pokok tersebut selama beberapa hari.

Ketika diselamatkan, kucing tersebut tampak seperti sangat takut dan cemas sehinggakan ianya dapat dilihat memeluk erat kaki penyelamatnya itu ketika hendak di bawa turun.

Sambil ‘mengiau’, dapat dilihat tangan dia memeluk erat kaki lelaki yang menyelamatkannya itu.

Gelagat kucing tersebut telah berjaya menghiburkan warganet yang menonton video itu.

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih 60 ribu tontonan di media sosial.

 

Sumber: South China Morning Post

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa