Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Perak Dan Lima Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat enam negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi maklumat tersebut, Perak mencatatkan pertambahan 2 kes, Selangor 4 kes, W.P Kuala Lumpur sebanyak 1 kes, Johor 1 kes, Sarawak sebanyak 6 kes manakala Sabah pula mencatatkan 1 kes.

Kesemua 15 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,779 kes.

Pun begitu, daripada 15 kes positif baharu yang dicatatkan, hanya 11 kes sahaja yang melibatkan warganegara manakala 5 lagi kes positif adalah merupakan kes import.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa