Siakap Keli

(Video) Lelaki Panjat Tingkap Hospital Untuk ‘Lawat’ Ibu Yang Dijangkiti COVID-19 Buat Ramai Sebak

Tidak ingin berjauhan dengan ibunya, seorang pemuda Palestin sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari dipercayai untuk melihat ibunya itu yang dimasukkan ke dalam wad setelah dijangkiti Covid-19.

Usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai namun lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah meninggal dunia pada 16 Julai yang lalu, lapor Alaraby.

Menurut laporan Alaraby, Jihad memutuskan untuk selalu memantau keperluan ibunya , Rasma Salama, yang dipercayai dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu dan dia sama sekali tidak meninggalkan ibunya itu sehinggalah ibunya meninggal dunia.

“Jihad memanjat paip yang berada berdekatan dengan tingkap di bilik ibunya dan akan duduk selama berjam-jam di tepi tingkap tersebut untuk mengawasi ibunya,” kata seorang pegawai.

Jihad juga dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya kerana dia merupakan anak bongsu.

Gambar dan juga video yang memperlihatkan Jihad sedang setia duduk di tepi tingkap sehinggalah saat kematian ibunya telah tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu dan membangkitkan kesedihan dalam kalangan warganet.

Sumber: Alaraby

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa