Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Ayam Goreng Paling Tinggi, Tak Sangka 10 Makanan Harian Ini Mengandungi Lemak Tepu Yang Tinggi

Makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi menjadi punca kepada kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan, masalah obesiti, serangan jantung serta pelbagai lagi penyakit lain.

Menerusi perkongsian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memetik senarai daripada Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya, terdapat 10 jenis makanan yang dikenalpasti mempunyai lemak tepu yang tinggi.

Makanan ini pula sering dimakan atau menjadi makanan ruji oleh rakyat Malaysia. Sekiranya tidak boleh dielakkan, cuba untuk hadkan pengambilannya demi menjaga kesihatan anda dan keluarga.

Makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi adalah punca kepada kolestrol tinggi, obesiti dan pelbagai lagi penyakit lain. Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya ada senaraikan antara jenis-jenis makanan yang ada lemak tepu yang tinggi. Kalau anda rasa tak cukup dan nak tau makanan apa lagi yang ada lemak tepu tinggi, nanti admin minta dorang tolong buat senarai baru lagi.

Tapi, sebelum tu, tengok dulu senarai yang dorang dah buat ni. Kalau boleh elak, elaklah. Kalau tengah makan sambil baca posting ni, petang ni boleh lah lakukan senaman ringan sikit. 

1. Enam keping keropok lekor

2. Satu keping roti canai telur

3. Dua biji donut

4. Dua biji laddu

5. Tiga potong roti john ayam

6. Tiga biji karipap

7. Enam ketul nugget ayam

8. Tiga biji kuih bom

9. Sebiji ‘double cheese burger’

10. Satu ketul ayam goreng

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.