Siakap Keli
Kredit: Google

Orang Ramai Sangat-sangat Digalakkan Pakai Topeng Muka, Terutama Di Tempat Awam- KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai yang tidak memakai penutup muka boleh dikenakan denda atau penjara jika peraturan itu diwajibkan.

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai mengambil berat pemakaian penutup muka susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini.

“Pihak KKM sangat-sangat menggalakkan pemakaian penutup muka terutama di kawasan awam. Jadi di tempat awam, kita harus pakai facemask jika penjarakan sosial susah dijalankan atau tempat-tempat berisiko tinggi.

“Kita masih belum wajibkan kerana kalau kita wajibkan dalam Akta 342, orang ramai yang tidak memakai penutup muka boleh didenda RM1,000 atau boleh dipenjarakan.

”Jadi kita masih mempertimbang tindakan denda dan penjara jika mereka tidak memakai penutup muka, katanya.

“Pakailah facemask kerana ia boleh memutuskan jangkitan sebanyak 65 peratus. Begitu juga penjarakan sosial, ia dapat memutuskan jangkitan COVID-19 lebih kurang 65 hingga 70 peratus

“Dua kaedah ini boleh mencegah kita dari COVID-19,” katanya.

Tambah beliau, facemask wajib dipakai jika menaiki kenderaan awam dan di tempat sesak.

Nasihatnya, orang ramai perlu memakai penutup muka bagi melindungi orang sihat serta mencegah pesakit dari menjangkiti orang lain.

“Pemakaian facemask merupakan satu kaedah penting bagi mengelakkan penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk COVID-19.

Facemask boleh digunakan bagi melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain.

Penggunaan facemask boleh dibahagikan kepada penggunaan tujuan perubatan dan bukan perubatan, katanya.

“Yang pertama, penggunaan facemask bagi tujuan perubatan. Petugas kesihatan perlu menggunakan perlindungan yang disarankan dalam garis panduan COVID-19 Management Malaysia.

“Kedua, orang awam bergejala saluran pernafasan perlu menggunakan surgical 3 ply mask.”

Golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun ke atas dan mempunyai latar belakang penyakit kronik terutama di kawasan berisiko tinggi, jenis pemakaian face mask yang digalakkan ialah surgical 3 ply mask, ujar beliau.

Selain itu katanya, individu sihat turut perlu memakai topeng muka di tempat awam terutamanya kawasan yang sukar untuk mengamalkan penjarakan sosial.

“WHO mengesyorkan penggunaan jenis fabrik 3 lapisan terdiri daripada lapisan dalam yang menyerap air, lapisan luar yang kalis air seperti poly propylene dan polyester atau campuran keduanya.

Lapisan tengah pula dibuat daripada bahan sintetik bersifat hidrofobik yang menapis titisan cecair, katanya.

Tambah beliau, pemakaian tidak sempurna dengan membiarkan ia tergantung di leher, dahi bawa risiko pencemaran dan jangkitan kepada pemakai.

Susulan itu, beliau berpesan agar orang ramai memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

Memetik pengumuman Perdana Menteri semalam mengenai pertimbangan mewajibkan pemakaian penutup muka di tempat awam, beliau berkata perincian akan diumumkan bila peraturan dimuktamadkan kerajaan.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.