Siakap Keli

Pemilik Amazon Catat Rekod Luar Biasa, Tambah Kekayaan USD 13 Bilion Dalam Sehari

Pemilik Amazon, Jeff Bezos yang sebelum ini diramal bakal menjadi trillionaire pertama di dunia menjelang 2026 dilaporkan berjaya menambah asetnya sebanyak USD 13 bilion (RM 55.40 bilion) dalam masa sehari.

Menurut Business Insider, kejayaan Bezos berkenaan dicatatkan pada Isnin.

Malah, kejayaan yang dicatatkan oleh Bezos itu juga merupakan rekod pertambahan kekayaan tertinggi dalam satu hari yang pernah dicatatkan oleh manusia, sejak Bloomberg Billionaires Index mula dilaksanakan pada 2012.

Berikutan penambahan angka berbilion dolar tersebut, kekayaan terkini Bezos dianggarkan sebanyak USD 189.3 bilion (RM 806.7 bilion).

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat tahun ini dilaporkan terjejas akibat impak COVID-19, Bezos yang juga pengasas gergasi gedung atas talian itu bagaimanapun berjaya menambah kekayaan sebanyak USD 74 bilion (RM 315.35 bilion) tahun ini.

Menurut portal berita antarabangsa itu lagi, Amazon yang diasaskan pada 1995 dianggap sebagai salah satu syarikat paling bernilai dan paling berkuasa di atas muka Bumi.

Sumber: Business InsiderĀ 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.