cuti umum hari arafah
Kredit: Google

Terengganu Isytihar Hari Arafah Sebagai Cuti Umum Bermula Tahun Ini- Menteri Besar

Tarikh 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah akan menjadi cuti umum di negeri Terengganu bermula 2020.

Hal ini diumumkan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan beliau sebentar tadi.

“Bermula tahun ini, hari Arafah merupakan hari cuti umum di Negeri Terengganu. Bersama kita hayati Hari Arafah dan pengertian di sebaliknya,” tulisnya.

Berita tersebut mendapat sambutan baik warga maya yang menzahirkan kesyukuran atas pengumuman berkenaan.

“Alhamdulillah. Terbaik Terengganu dibawah pimpinan ulamak,” tulis seorang pengguna dengan nama Bunga Tanjung.

Hari Arafah merupakan hari di mana jemaah haji berwuquf di Tanah Suci. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, ia merupakan hari yang mempunyai banyak kelebihan dalam Islam dan setanding dengan perayaan seperti Hari Raya Aidiladha.

Bermula tahun ini, hari Arafah merupakan hari cuti umum di Negeri Terengganu. Bersama kita hayati Hari Arafah dan pengertian di sebaliknya.

Posted by Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar on Tuesday, 21 July 2020

Sumber: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Mufti Wilayah Persekutuan

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Editor: Fazidi

Tambah komen