Siakap Keli

Hanya Pakai Sekali Dan Tak Lebih Lapan Jam, Ini 7 Tip Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat menyarankan agar orang awam memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam terutama sekali tempat tumpuan orang ramai.

Hal ini kerana, peningkatan semula kes positif Covid-19 untuk beberapa hari ini membimbangkan KKM dan kerajaan Malaysia. Ketika PKP dan PKPB dilaksanakan kita sudah hampir berjaya memutuskan rantaian pandemik ini.

Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini mengeluarkan satu infografik tip pemakaian penutup hidung dan mulut untuk dijadikan panduan orang ramai.

Terdapat tujuh tip pemakaian pelitup muka untuk diamalkan:

  1. Hanya memakai dengan sekali sahaja
  2. Tidak meletakkan penutup mulut dan hidung di merata tempat
  3. Elakkan memakai di bawah dagu
  4. Elakkan menyentuh bahagian dalam dan luar
  5. Jangan berkongsi pakai dengan orang lain
  6. Tukar apabila telah lembap
  7. Dipakai tidak melebihi 8 jam

Mari sama-sama berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia dan mengamalkan norma baharu yang disarankan oleh KKM demi keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Buang jauh-jauh sifat pentingkan diri kerana sikap seperti itu tiada baiknya untuk kehidupan kita sendiri.

Sumber: MINDEF

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)