Seorang jurusolek dari Indonesia Ari Izam menjadi bualan ramai di internet kerana kebolehannya mengubah penampilan seorang nenek berusia 60 tahun kelihatan seperti seorang gadis remaja.
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Ari Izam berkongsikan proses transformasi nenek 60 tahun tersebut agar nampak lebih muda.
Menurut jurusolek tersebut, beliau sering mendapatkan permintaan dari pengikutnya untuk menyolek seseorang yang berumur agar memandangkan dia kerap berkongsikan video makeover penampilan seseorang.
Menyahut cabaran daripada pengikutnya, Ari Izam sempat berkongsikan rahsia dan teknik dalam menutup kedutan di wajah dengan mengunakan percampuran beberapa jenis foundation melalui video yang disiarkan di laman Youtube beliau.
Selain itu dia juga berkongsikan tips untuk mengelakkan kulit muka kering dengan memakai gel Vaseline.
Melihat perubahan mendadak wajah nenek tersebut, Ari Izam menerima banyak pujian daripada warganet atas kebolehan beliau sehingga ada yang tidak percaya transformasi tersebut.
“Tonton video ini banyak kalu masih lagi terpaku dengan hasil solekan” komen warganet.
Kebanyakan warganet bersetuju perubahan wajah nenek tersebut bukan sahaja di mata malah di dagu , pipi dan keseluruhan wajahnya seperti baru sahaja menjalankan pembedahan plastik.
Sumber: Liputan6.com walipop.com