Siakap Keli

Media Antarabangsa Lapor Peningkatan Trend Pelajar China Pilih Universiti Di Singapura, Malaysia Untuk Sambung Belajar

Pelajar China sejak dari dahulu lagi memilih Amerika Syarikat, Britain dan juga Australia sebagai destinasi pendidikan yang utama.

Tetapi kini trend dilihat seakan berubah dimana mereka mula memandang ke arah Asia terutama sekali Malaysia dan Singapura. Lebih-lebih lagi dengan pandemik COVID-19 ini yang menjejaskan seluruh dunia dan hubungan diplomatik Beijing yang semakin buruk dengan negara-negara Barat.

Dipetik dari SCMP, program This Week In Asia ada menghubungi 14 universiti di Singapura dan Malaysia dan tiga dari lima institusi antaranya Universiti Malaya melaporkan terdapat peningkatan permohonan dari pelajar China.

Dimana Universiti Malaya menyaksikan peningkatan 33 peratus dalam permohonan program ijazah dan kenaikan 130 peratus dalam program pascasiswazah.

Menurut statistik Kementerian Pendidikan China, negara itu merupakan sumber pelajar antarabangsa yang terbesar dimana lebih 662,000 pelajar melanjutkan pelajar di luar negara sejak tahun 2018.

Manakala data dari Institut Pendidik Antarabangsa (IIE) menunjukkan pelajar China merupakan sebahagian besar pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat iaitu merangkumi satu pertiga daripada 1.1 juta pelajar di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat sedang bersiap dalam mengahadapi penurunan jumlah selepas Presidan Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan hendak membatalkan visa pelajar China yang melakukan kajian untuk agensi China.

Sumber: scmp

Nur Syafiqah