Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Dakwa Temui Kelawar Dalam Sup, Keluarga Di Wuhan Bergegas Ke Hospital Buat Ujian Kerana Bimbang Dijangkiti COVID-19

Sebuah keluarga di Wuhan bergegas ke hospital untuk membuat ujian sama ada dijangkiti Covid-19 atau tidak selepas didakwa menemui seekor kelawar di dalam sup daging khinzir yang dipesan dipercayai dari sebuah restoran, lapor Daily Mail.

Gambar Via Daily Mail

Menerusi satu gambar yang telah tular, mamalia hitam kecil bersayap dengan badan yang melengkung itu dilihat terapung di permukaan sup yang telah separuh dimakan.

Gambar Via Daily Mail

Menurut Daily Mail, keluarga tersebut terus pergi ke hospital setelah penemuan mengejutkan itu kerana takut dijangkiti Covid-19. Namun, mereka kembali lega apabila disahkan negatif daripada dijangkiti virus tersebut.

Ketakutan itu muncul setelah sebelum ini ada beberapa laporan yang mendakwa bahawa Covid-19 dicetuskan oleh binatang liar termasuk kelawar dan tenggiling.

“Saya ingin memanaskan semula sup tersebut dan terlihat sesuatu yang berwarna hitam. Ia merupakan anak kelawar yang kecil,” kata salah seorang ahli keluarga tersebut.

Gambar Via Daily Mail

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana kelawar itu masuk ke dalam makanan tersebut.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa