Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Pengguna Media Sosial Bebas Hasilkan Dan Muat Naik Video Ke Platform Sedia Ada Tanpa Perlu Pohon Lesen FINAS

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah menerusi satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia mendokong kebebasan media dan media sosial.

Menurutnya, kabinet telah bersetuju dan memutuskan bahawa pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS.

Tambahnya lagi, kerajaan juga akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa