Siakap Keli

TERKINI: KKM Sahkan Lagi 23 Kes Baharu Positif Covid-19 Termasuk 17 Kes Tempatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,594 kes.

Menerusi kiriman status yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitter miliknya.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 23 kes baharu dilaporkan bertambah di negara kita setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bertambah kepada 8884 dengan mencatat jumlah kes aktif adalah 164 kes. Kes positif hari ini antara kes tertinggi sejak 16 Jun 2020.

Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan hingga ke hari ini. Jumlah kes kematian kekal kepada 123 kes. Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan hanya dua orang memerlukan bantuan penafasan.

Perincian penuh 23 kes positif baharu

Terdapat 6 kes import dilaporkan daripada 23 kes baharu hari ini melibatkan 4 warganegara dan 2 bukan warganegara yang pulang dari Rusia, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Jumlah keseluruhan kes import; 733.

 

Sumber: Dr Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang