Siakap Keli
rentas negeri aidil adha
Kredit: Bernama

TERKINI: Tiada Sekatan Perjalanan, Boleh Balik Kampung Tetapi Perlu Patuh SOP

Putrajaya, 27 Julai – Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiada sekatan akan dikenakan kepada individu yang ingin pulang ke kampung.

“Sebenarnya tiada sekatan perjalanan. Sebab itu saya kata, masih boleh balik kampung, cuma perlu patuhi SOP lah. Walaupun kerajaan benarkan balik kampung, kita perlu jaga kita,” katanya ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media hari ini.

𝐏𝐊𝐏𝐏 : π“πˆπ€πƒπ€ π’π„πŠπ€π“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍Orang ramai perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan.Ismail Sabri YaakobKementerian…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, July 27, 2020

“Saya tidak tahu kenapa ada khemah polis dan sebagainya (merujuk kepada soalan wartawan), tapi keputusan kita tiada sekatan negeri dan daerah. Mereka boleh balik,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan keputusan kerajaan untukΒ mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) susulan peningkatan kes baru COVID-19 di Malaysia.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Sunday, July 26, 2020

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.